Dalam kesempitan ada kesempatan...carilah kesempatan yang ada dalam kesempitan yang kita lalui..pasti temui kejayaan yang kita impikan.
Jangan berduka terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada mu....Sesungguhnya kesabaran itu ada pada hentakan pertama.....Sesiapa yang mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dialah orang yang benar-benar memiliki kekukuhan iman dan keteguhan keyakinan. maka lalulah hidup anda seadanya sebagai hamba Allah...

cita2


Tanamlah cita-cita setinggi langit, kalalu tak tercapai sekurang-kurangnya tersangkut juga di langit biru.

Permulaan kata..

Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani,tabah dalam mengharungi segala pahit getir dalam perjuangan mencapai keredhaan Allah. ukirlah senyuman dibibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian. sampaikanlah segala harapanmu dalam doa yang tulus dari hatimu. ketahuilah...sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu walau berat mana cabaran yang dibekalkan padamu, tak pernah sedetikpun dari masa yang lalu Sia meninggalkamu. kerana itulah tandanya Dia merindui dan mencintaimu.